Best of Exists
Best of Exists

Best of Exists

Best of Exists ialah album kompilasi pertama oleh kumpulan Exists yang diterbitkan pada tahun 2000. Album ini memuatkan lagu-lagu hit Exists daripada album Exist pada tahun 1991 sehingga album Mutan pada tahun 1998. Selain itu, album ini juga telah menampilkan dua lagu bonus iaitu Bunga dan Takku Biar. Album ini turut dibuat bungkusan semula untuk pasaran di Indonesia dengan judul The Best of Exists pada tahun 2001.

Best of Exists

Dikeluarkan pada 11 Mei 2000
Penerbit Rosmin Hashim
Syarikat BMG Music Sdn. Bhd.